Monday, March 28, 2011

jika cinta

jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiaannya, kebahagiaannya membuatkan kita bahagia


kerana saya menyayangi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan tahu apa erti SAYANG yang sebenar. Supaya suatu hari nanti awak akan dapaat mengetahui bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya. 


Awak, saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. Saya juga tidak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap jujur dan iklas terhadap perasaan saya...


Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali kepada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah kepada ketentuan Tuhan dan kalau awak takkan pernah kembali kepada saya, saya percaya mungkin itu yang terbaik...


SAYA DOAKAN AWAK BAHAGIA DENGAN HIDUP AWAK...SAYA SAYANGKAN AWAK...

No comments:

Post a Comment